Monday, July 9, 2007

SUATU PERJALANAN


Dari kiri : Khai (adik no. 2), Un (adik no. 3), Mak Aku


Ahad (9 Julai 2007) lepas, aku hantar adik aku yang bongsu ke LCCT (Low Cost Courier Terminal) kat Sepang. Bersama dengan aku, emak dan adik lelaki aku yang kami bertolak dari Ipoh pukul 5.30 pagi. Sampai Bidor pukul 6.00 pagi, adik lelaki aku datang dengan kawannya dari Teluk Intan. Biasanya dalam 30 minit je dari Teluk Intan ke Bidor. Lepas solat subuh kami sambung balik perjalanan.

Perjalanan pergi aku memandu dan kereta pun bukannya elok sangat. Aku tawakkal je coz aku tak sempat nak repair apa-apa yang patut. Kami rehat di R&R Tg. Malim lantas nasi lemak menjadi hidangan kami pagi ni. Tapi banyak kedai tutup lagi (dalam 10 tu 4 je yang buka). Sambil makan kami bersembang dan tumpuan kami pada gerai pau kat hujung sana. Setau aku pau tu cina yang buat dan diragui kehalalannya. Mak aku pun cakap gitu. Tapi ramai melayu yang makan gak.


Ni le aku



Kami sampai tol KLIA pukul 9.00 pagi. Tol dalam RM30.00 dan aku top up touch ‘n’ go aku RM50.00 takut nanti balik ‘jam’ kat tol nanti. Kesempatan di tol tu aku Solat Dhuha dulu (alhamdulillah setakat ni belum tinggal lagi), selawat pun 400 kali aku buat hari ni Alhamdulillah.

Nie adik aku Un (Kengkawan die panggil Ieqa) Semoga Berjaya



Di LCCT memang ramai orang, maklumlah murah. Adik aku habis RM400 untuk tambang pergi dan balik. Adik aku ni belajar kat UMS Labuan Kursus Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Ekonomi Islam. Masuk tahun 2 pun. ‘Flight’ pukul 12.50 tengahari so kami melepak kat situ sampai 3 jam. Jadi kesempatan ni aku merayau le.

So mula-mula sekali nak cari ‘paper’. Ada 1 ‘mart’ kat situ yang jual coklat, buku dan majalah. Aku belek-belek buku yang ada kat situ. Buku-buku novel ‘mat saleh’ ade je, buku-buku motivasi pun ade gak, banyak le juge, buku-buku agama pun ada juge. Lepas dapat ‘paper’ (itu pun Berita Harian dan Metro je yang ada) aku nak gi ‘memerut’ jap. Tapi mendukacitakan tandas tak bersih langsung. Tak ‘berselera’ aku nak b***k.


Nie resit makan aku. Saje menunjuk kat korang


Dalam pukul 11.30 tu aku lapar la juge. So aku ke ASIAN KITCHEN (walaupun ada Mc. D aku nak try kat sini jap). Aku makan assam laksa dan mango juice yang aku kena bayar RM12.80 yang aku rasa ‘berbaloi’ sangat kat tempat ni. Makanannya ok sedap, tak la macam laksa polo. ‘portioning’ dia banyak le.

Tengah sibuk sibuk ni aku terjumpa dengan sahabat aku Ahmad Azhar Azizi (AAA) kawan aku kat Izzuddin dulu. Dia dah keje kat CITIBANK Jalan Ampang. Anak baru sorang umur 2 bulan baru. Rupanya adik AAA pun satu kampus dengan adik aku. Banyak juge sembang pasal member lama. Masuk cite pasal Suhaimi Bulat dan terkejut AAA yang dia punya cari si Bulat ni rupanya keje dengan aku. Insyaallah nanti aku singgah rumah dia kat Kelang bila anak-anak aku besar sikit. Itu pun rumah Azuar kat banting ni aku nak pegi gak.

So tibalah masa adik aku nak berangkat. Maybe raya sok baru boleh balik lagi. Aku doakan dia berjaya dan tenang dalam belajar insyaallah. Aku tengok mak aku tenang je tapi ‘dalam’ wallahuaklam. So dah habis sesi nangis-nangis, peluk-peluk aku pun terus ke mesin parking. Selama tiga jam kat situ kami kena RM9.00. jadi kami pun balik dan adik aku drive lak sebab aku nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.